Norhazli n Khairul Elmi Khalidah

Sunday, January 24, 2010

Dilemma....

Dilemmakah saya? hahahaha entry xbole blah...sebenarnye ni ayat nak cari pasal ngan encik husband..hahaha pelik tapi benar..kalau nk tau saya ni satu perangai yg xbole dibuang..perangai apakah itu????jeng.jeng..jeng...perangai suka cr gaduh ngan encik husband especially bila dh lama xgaduh..penah ke encik husband cari gaduh??? xpenah pun sbenarnya kalau cr gaduh mesti si isteri yg cari pasal..kenapa ye??? ada ke penyakit mcm ni haa??? kalau la ada doktor yg rawat mest encik husband dh anta walaupun rawatannye mahal..hahaha
So itulah saya seorg isteri yg suka cari pasal, xtaulah kenapa attention seeker kah saya? ataupun bahasa pendek yg biasa digunakan KKS stand for Kurang Kasih Sayang..hahaha..so ari ni saya dh start rasa nkcari pasal..xtaula kenapa??? saya xpuas ati sebab dr pagi ym encik husband on tp dia xpenah tegur..fb pun xpenah ataupun jarang sgt nk komen..marahnye saya...patutkah saye marah?..sebenarnye tu mmg perangai encik husband dr dulu..dr zaman bercinta smpilah sekarang..so maybe saya yg ptt dipersalahkan sbb dulu bole terima skang dh x bole terima...

Marahnye saya.........ish2...ish2...

Thursday, January 21, 2010

Board meeting..oh board meeting...

Hmmm masuk hari ni hari ke2 kami berboard meeting....board meeting tu apa? meeting bagi melihat performance student2 n mentee kesayangan kami yang ditatang bagai minyak yg penuh...emm walaupun menteeku hanyalah 2-3 kerat tp apa bole buat masuk je lah meeting...biasala private kolej kita kena jg semua student n responsible lebih kepada diaorg semua so kalau nk compared ngan universiti awam...ko nk dtg kelas ko dtg..ko xnk dtg sudah...so itu la bezanye..

Alamak bos dh usha la...apa la anak2 buah aku buat ni..org sibuk meeting kat depan ko main blog ye??? cau dulu..:)

Monday, January 18, 2010

Qistina oh Qistina





Minggu ni secara rasminya qistina dh masuk 6 bulan..yaeeaayy anak ibu dh start merangkak...alhamdulillah dah besar anak ibu sekejap je dh masuk 1/2 tahun..rasa macam baru semalam je melalui detik2 pertama tau ibu mengandung pastu melalui detik2 mengandung 10 bulan (41 minggu ye), sampai la detik-detik melahirkan secara ceaserian.....wahhh ni dh kira mengimbau kenangan ni..hehehe..xpela nnti qistina besar bole tunjukkan kat dia...cewahh...









Yang ni copy dari blog http://babyibu.blogspot.com/.. untuk renungan bersama....




Malaikatmu.. ...




Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia....

Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah?"
Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu .."
Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia ."
"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"
"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"
"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."
"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?""
Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"
"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"
"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"
"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"
Disaat itu Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar,
dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"
"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "
Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat...




Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang embesar....sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
"Sampaikan! lah walau satu ayat"